PAS KAWASAN HULU SELANGOR
Ber'amal kerana Allah
Itu Syi'ar kami
Allah Tuhan dan..
Matlamat kami
Ar Rasul ikutan kami
Al Quran Panduan kami
Berjihad..
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah..
Cita tertinggi kami
TAKBIR!!!
Allahu..Akbar! Walillahil Hamd.!
Saf.....SEDIA !!
AL FAATIHAH !!
SEJARAH PIMPINAN KAWASAN PEMUDA MUSLIMAT PASTI MASJID MAKLUMBALAS

SEMAK :

BERITA: PAS TOP 10:


PAS TOP 10 :

APA KATA: HULU SELANGOR:

Hidup ( kalau nak hidup ) sebagai orang yang mulia dan Mati ( kalau nak mati ) sebagai orang yang syahid .

Uqbah bin Nafiq bermunajat : " Ya Allah , kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana " .

“Maka sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang”. (al-Maidah: 56)



MESTI DENGAR
 
< 6.2
        Ruang Sembang Mujahid
ShoutMix chat widget
 

2 Jun 09

MENGULANGKAJI PELAJARAN YANG KITA TERLUPA.. SEMOGA DIKEMBALIKAN KITA DI LANDASAN YANG BETUL

Pada Usul yang Kelima ini Imam Al Banna menjelaskan Siyasah Syar'iyyah, apa yang harus bagi imam (pemerintah) dan naibnya, serta apa yang tidak diharuskan. Beliau meletakkan beberapa garis panduan syar'iyyah yang jika tidak dipelihara bakal mengakibatkan tidak terlaksananya Hukum Hudud dan melenyapkan hak-hak serta membuka pintu kepincangan dan kerosakan.

Betapa perlunya kita mengetahui kaedah-kaedah Siyasah Syar'iyyah serta memahaminya dengan kefahaman yang sahih tanpa cuai dan melampau...............(Muhammad Abdullah Al Khatib-Penjelasan di sekitar Risalatut Ta'lim)

KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA

 
   
   
   
           
           
           
   

2 Jun 09

SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion.

Projek ini yang kononnya hendak meniru kejayaan Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) di Dubai, telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN memandangkan pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini. Maka kerajaan tak sepatutnya terkejut dengan keputusan Jafza, yang mengurus PKFZ sebelum ini, untuk menarik diri pada Julai 2007 di atas sebab campurtangan politik dan birokrasi.

Sekali lagi, Perdana Menteri telah gagal menunjukkan ketegasan politik apabila beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion untuk projek tersebut. Ini merupakan satu ‘bailout’. Tambahan lagi, usul Pembangkang untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen ditolak. Kedua-dua insiden ini menggambarkan bagaimana niat kerajaan yang kononnya hendak melakukan yang terbaik untuk negara tidak dapat mengatasi risiko yang mereka hadapi untuk menyelesaikan perkara ini.

KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA

   
       
       
       
           
           
           
   

31 Mei 09

SEKEPING GAMBAR TERSIRAT SERIBU MAKNA

Amati gambar-gambar berikut

  
       
       
       
           
           
           

Beberapa Perkara Pokok Yang Perlu Anda Fahami Wahai Pejuang-Pejuang Islam- AsSyahid Imam Hassan Al Banna

  1. Islam

  2. Al Quranul Karim dan As Sunnah s.a.w

  3. Iman Yang Benar, Ibadat yang Sahih serta Mujahadah ada Nur

  4. Mentera yang Ma'thur

  5. PENDAPAT IMAM DAN TIMBALANNYA


  6. Pandangan manusia boleh diterima atau ditolak

  7. Orang Awam dan Imam Mujtahid

  8. Hal-Hal Furu'iyyah

  9. Pentingnya Melahirkan 'Amal Dalam Membicarakan 'Ilmu

  10. Pendekatan Tauhid

 

28 Mei 09

NASIHAT BUAT YANG KALAH....WASIAT BUAT YANG MENANG

Salam sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi, Bacalah sebuah nasihat yang berguna untuk YANG MENANG dan YANG KALAH oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

(Mesyuarat Agung Tahunan)Mesyuarat Agung Kawasan dan Dewan-Dewan baru berlalu, kini seluruh tumpuan dihalakan kepada pemilihan dalam muktamar PAS Pusat. Pelbagai cerita suka duka, tawa dan tangis didengar dalam keriuhan suasana mesra jamaah.

Itulah keindahan perjuangan Islam. Kita membina ukhuwah Islamiah dalam jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Kemanisan perjuangan ini tentulah tidak lahir secara spontan, Bahkan ianya lahir melalui tarbiyah samada secara formal atau imformal.

Semua kita sangat sayangkan suasana ukhuwwah ini, kerana kita yang bersama dalam perjuangan di dunia mengharapkan agar Allah mengumpulkan kita dalam majlis yang diredhaiNya diakhirat.

HAKIKAT PENCALONAN

Kita menyedari bahawa kita bukanlah insan terbaik dalam jamaah, kita bukanlah ahli yang hebat dengan keilmuan sehingga mampu menerangi cahaya bagi menyuluh jalan agar Allah redha kepada kita, kita bukanlah ahli ibadah yang hebat, mampu menangis di hadapan Allah setiap malam dikala manusia lain sedang nyenyak tidur, dan kita juga bukanlah pemimpin terbaik.

Kita hanya menawar diri itupun setelah ada orang lain mencalonkan kita; terkadang kita malu dengan pencalonan itu, kerana kita mengetahui kelemahan diri kita, namun apa daya kerana kita tidak mampu menjawab hisaban di akhirat bilamana mengecewakan harapan jamaah.

Lantaran ianya hanya tawaran diri, tentulah kita tidak akan kecewa bilamana kita tidak dipilih. Apa yang nak ditangisi dan disesali diri, kalau ianya adalah satu keringanan hisaban di akhirat ?

Apa yang nak dikecewakan bilamana ahli tidak memilih kita, kerana apa yang berlaku dengan kehendak Allah semuanya, tangannya hanya memilih apa yang telah digerakkan hatinya oleh Allah?

Ingatlah, andainya kita tahu betapa gembiranya nanti bilamana kita dihadapkan di hadapan Allah, tentulah kita tidak sedih, kecewa dan apatah lagi menyimpan dendam pada yang tidak memilih kita, bahkan ucaplah terima kasih kerana meringankan bebanan diakhirat, sedangkan bebanan dosa diri sendiripun kita dah tak mampu untuk menjawabnya. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang banyak ini. Andainya kita rasa sedih di atas kekalahan kita, cuba tanya:

apakah ianya lahir dari rasa hebat kita berbanding orang lain?

atau lekeh sangatkah orang yang berjaya bilamana ramai perwakilan memilih mereka?

Aku sangat khuatir andainya ia lahir dari bisikan syaitan agar rasa kecewa, merajuk kemudian menyepi diri dari jamaah dan akhirnya gugur dari medan dakwah. Kerana inilah matlamat syaitan dan inilah yang menggembirakan musuh, dan inilah juga yang mengecewakan kita di akhirat.

PERJUANGAN DAN BEKALAN

Ketewasan dalam merebut jawatan dalam parti, bukanlah berakhirnya sumbangan kepada kemenangan Islam dan lebih-lebih lagi bilamana kita rasa bahawa jamaah akan susah dengan ketiadaan kita. Perjuangan Islam terus berjalan, dan usia kita semakin hampIr. Apa rasa andaInya kita yang telah menghabiskan usia dalam perjuangan yang sangat panjang, tiba-tiba berakhir dengan kita tiada dalam kelompok yang memperjuangkan Islam.

Aku sangat bimbang akan diriku dalam hal ini. Semoga Allah lindung kita bersama. Lantaran itu, teruskan perjuangan, kerana usia kita semakin hampir bertemu Allah, sedangkan perjuangan ini masih jauh. Inilah nasihat kepada yang ditipu oleh nafsu dan pujukan syaitan yang merasa kecewa dengan pemilihan yang kecil di dunia, agar kita tidak tewas dalam ‘pemilhan’ yang besar di hadapan Allah di akhirat.

WASIAT KEPADA YANG BERJAYA

Andainya kita tahu apa yang menanti kita di akhirat, tentulah kemenangan akan disambut dengan tangisan dan dukacita, kerana itulah wasiat Rasulullah, ” Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah, dan ianya diakhirat adalah dukacita dan penyesalan”. Kalaulah tidak kerana perjuangan Islam yang dijanjikan kemenangan di akhirat, tentulah tiada siapa yang teringin akan jawatan ini.

Kepada yang berjaya memenangi apa jua jawatan, berbanggalah di hadapan Allah andainya kita dapat melaksanakan amanah, mengangkat martabat Islam , memperjuangkan syariat Allah dan berada dihadapan di dunia untuk terus dipilih oleh Allah agar terus berada di hadapan di akhirat. Ingatlah “ debu-debu yang melekat di kaki mereka yang memperjuangkan Islam, menyebabkan ia tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat”.

Allahumma masukkan kami dalam kelompok tersebut. Keindahan perjuangan Islam lahir dari dokongan semua pihak, perjuangan tidak akan bertemu dengan kerehatan dan keselesaan. Perjuangan adalah pengorbanan untuk Allah dan Rasul. Mencari redha Allah bukanlah dapat dicapai dengan merasa hebat dengan jawatan yang disandang dan juga bukanlah merasakan akulah yang layak, berbanding orang lain.

Perjuangan bagi mendaulatkan Islam tidak akan berhasil andainya kita yang memegang jawatan ini jauh dari Allah, merasa kagum dengan kebolehan diri dan merasakan bahawa apa yang kita capai hasil kebijaksanaan kita dan kitalah penentu kepada kemenagan ini. Lantaran itu, kita dikuasai oleh nafsu merasa kehebatan diri sendiri dan memandang lekeh kepada orang lain.

Pimpinan yang berjaya bukanlah mengumpulkan manusia yang hebat sekelilingnya dan merasakann dirinyalah yang hebat dikalangan yang ‘hebat, tetapi pemimpin hebat ialah yang menghargai semua sumbangan, membaiki yang rosak, rawat yang terluka, memberi harapan bagi yang kecewa, agar semuanya terus memberi sumbangan kepada perjuangan ini.

Jazakallah

 

Beberapa Perkara Pokok Yang Perlu Anda Fahami Wahai Pejuang-Pejuang Islam- AsSyahid Imam Hassan Al Banna ...(bersambung)

  1. Bid'ah 1

  2. Bid'ah 2

  3. Orang Salih dan Karamah

  4. Ziarah Kubur

  5. Do'a dan Tawassul

  6. Kebiasaan ('Uruf) dan Syara'

  7. Amalan Hati dan Amalan Anggota

  8. Keutamaan 'Aqal

  9. Pertembungan Syara' dan 'Aqal

  10. Kafir Mengkafir
   
   
   
       
       
           
UNTUK IBU DAN BAPA : UNTUK ADIK-ADIK: REMAJA  

27 Mei 09

SEKARANG YANG DIPERTUAN AGONG BOLEH MEMECAT PERDANA MENTERI

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau. Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri. Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”. KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA

BEKAS HAKIM MAHKAMAH RAYUAN NH CHAN PERSOAL KEPUTUSAN HAKIM

 

KLIK UNTUK PETA
   
   



    BORANG KEAHLIAN PAS BOLEH DIDAPATI DISINI
           
           
           

KETAHUI HAK-HAK ANDA APABILA BERHADAPAN DENGAN POLIS

 

26 Mei 09

MENARIK: SURAT YB DATO' HJ HUSAM MUSA KEPADA PM MENGENAI ISU KEMELUT POLITIK PERAK

YAB Dato’ Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya

YAB Dato’ Seri,

UMNO Lantik Menteri Besar Perak Sebelum MB Nizar Digugurkan Secara Yang Sah

Saya telah membaca kenyataan panjang lebar YAB Dato’ Seri di bawah tajuk: Perak Sultan Should Not Be Blamed: Najib, laporan yang dikeluarkan BERNAMA juga dipetik oleh Utusan Malaysia pada hari ini di bawah tajuk: Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib.
Penjelasan YAB Dato’ Seri ternyata menunjukkan YAB Dato’ Seri mengalami kekeliruan yang amat asas dalam isu krisis di Negeri Perak sekarang.
Bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai. UMNO dan secara khususnya, YAB Dato’ Seri lah yang dipersalahkan kerana telah mengesyorkan perlantikan Zambry Abdul Kadir untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada waktu Menteri Besar yang dilantik secara sah belum lagi digugurkan sebagai Menteri Besar!
Dari situ, timbul istilah dua Menteri Besar! Itulah yang dikatakan rampasan kuasa membelakangkan undang-undang khususnya undang-undang tubuh Negeri Perak yang menyatakan dengan jelas Menteri Besar yang telah dilantik hanya boleh gugur dengan empat cara iaitu; a. Meletakkan jawatan.
b. Meninggal dunia.
c. Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
d. Melalui undi tidak percaya oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.
KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA

 
       
       
       
           
           
           
   

26 Mei 09

KEJAHATAN ISRAEL DAN ASKARNYA TIADA TARANYA

   
       
       
       
           
           
           
   

26 Mei 09

MENJADIKAN WANITA DAN ANAK-ANAK SEBAGAI SASARAN... ASKAR APAKAH MEREKA INI

Perhatikan bagaimana kanak-kanak ini ditembak...2 peluru bersebelahan... pakar komando boleh memberi jawapan, ianya dinamakan 'double tapping' dilakukan oleh sniper terlatih untuk memastikan sasaran confirm mati.. lihatlah apa jenisnya kepala otaknya askar-askar elit Israel ini hingga tergamak melakukan kerja-kerja dayus ini

   
       
       
       
           
           
           
   

26 Mei 09

MENGIMBAU KEMBALI SERANGAN TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN DI GAZA

SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SUASANA PERANG YANG DILALUI OLEH RAKYAT PALESTIN

SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR YANG MENYAYATKAN HATI

   
       
       
       
           
           
           
   

26 Mei 09

MASIH TERGAMAKKAH LAGI TUAN-TUAN MENYUMBANGKAN DANA KEPADA ISRAEL DAN YAHUDI UNTUK MEMBANTU MISI SULIT MEREKA

SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMAHAMI KENAPA MEREKA DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENAJA ISRAEL