Laman Web Rasmi PAS Hulu Selangor
Politik yang Mengharam-jadahkan lwn politik rakyat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PAS Hulu Selangor   
Selasa, 15 Mei 2012 11:18

Politik fascism UMNO lwn politik demokrasi rakyat. Bahagian 1.
Apa pasal kita menibai UMNO? Jawapannya sama seperti mengapa UMNO menibai parti lawan nya. Kita membantai UMNO sebab UMNO jadi penghadang kepada pencapaian demokrasi untuk rakyat. UMNO pula menibai parti lawan, kerana mereka menghalang jalan untuknya mendapat kuasa mutlak atau fascism. 
UMNO mewakili 'system democracy totalitarian'. Rakyat mahukan demokrasi penyertaan di mana mereka menjadi equal stakeholders dalam menentukan masa depan negara. Jadi ‘demokrasi’ yang disokong dan didukung oleh UMNO bertentangan dengan demokrasi yang rakyat mahukan. UMNO bercakap mengenai demokrasi yang maksud nya, tidak sama dengan demokrasi yang difahami oleh rakyat. Cara mencapai demokrasi kita berbeza- UMNO menggunakan cara fascis , rakyat mahukan cara penyertaan bersama. 
Kita semua tahu akan bahaya jika kuasa dimonopoli oleh satu orang atau oleh kumpulan yang kecil. Hari ini peneroka FELDA diharamjadahkan. Esok semua rakyat akan diperlakukan serupa. Sebutan dan pengucapan itu datang dari orang yang gila-gila kuasa. Hanya orang yang gila kuasa sahaja yang megeluarkan kata2 kesat sedemikian rupa. Kita yang mewakili rakyat bukan gila kuasa, tapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila. 
Orang yang tahu Najib yang sebenar tidak akan hairan dengan pengucapan istilah2 dari usus2 busuk perbendaharaan katanya. Kalau di Pekan, istilah bangsat dan papa kedana sering di ucapkan. Nak jaga diri sendiri tak boleh, nak melawan saya pernah dihalakan kepada lawan politik nya. Jadi istilah haramjadah bukan suatu yang luar biasa yang datang dari seorang haramjadah politik. 
Setahun yang lalu saya seringkali bertemu dan bertukar fikiran mengenai isu2 politik dengan seorang ahli politik veteran. Beliau yang berasal dari Malaysia Timur mempunyai pandangan politik yang telah terbentuk oleh pengalaman pratikal dalam gelanggang  politik. Sebagai veteran politik yang bergerak bersama UMNO , saya merasakan pengalamannya amat berharga untuk digunakan supaya kita faham realpolitik negara ini.
Apa yang paling menarik ialah prognosis nya ke atas politik Malaysia dan kedudukan UMNO. Konklusi yang dia sampai ialah oleh kerana UMNO itu pendukung kepada nilai2 politik TOTALITARIAN, maka UMNO sebetulnya bertentangan dengan nilai politik rakyat. Rakyat mahukan demokrasi penyertaan atau participative democracy manakala UMNO mahukan hegemonic democracy. Bila UMNO bercakap mengenai perpaduan misalnya, apa yang sebenarnya yang ia maksudkan ialah perpaduan dibawah KETUANANnya. Sedangkan rakyat mahukan dan lebih memuliakan perpaduan matlamat( unity in purpose). 
Dan bila berlaku pertembungan antara pertubuhan politik seperti UMNO dengan rakyat, rakyat akan menang. Seperti juga mana2 pemerintahan di dunia ini, UMNO juga tertakluk kepada regime change yang dibawa oleh rakyat. Sebab itu, seringkali saya cakap, kuasa pemerintahan bersifat TOL atau LPS- Lesen Pendudukan Sementara. Kamu berada di sana, sementara rakyat haramjadah ini menyokong kamu. Apakala rakyat menolak kamu, maka kamulah yang jadi haramjadah. 
Saya suka pandangannya, kerana kami sama2 mempercayai bahawa dasar2 yang dibawa oleh UMNO hari ini, terutama sejak tahun 1988 adalah dasar yang meruntuhkan negara. 
PRU 13 nanti akan menyaksikan pertembungan antara pendokong dan penyokong demokrasi( rakyat) dengan penyokong dan pendokong system politik totalitarian atau fascism. Rakyat bertembung dengan system politik yang dipertahankan oleh UMNO. 
Apa yang diwakili oleh UMNO sebetulnya? Ia mewakili kepentingan golongan elit dan kroni. Ia mewakili konsentrasi kuasa dalam tangan segelintir mereka yang terpilih. Ia mewakili system pemerintahan dari atas ke bawah. Slogan Najib bahawa zaman di mana kerajaan tahu yang terbaik sudah berakhir, adalah omongan kosong seorang kaki kelentongan. Golongan terpilih menentukan apa yang baik atau tidak baik untuk rakyat. UMNO mewakili system yang mendahulukan faedah untuk golongan elit, selebihnya barulah untuk rakyat. 
Siapa yang menyokong UMNO hari ini? yang menyokong UMNO ialah yang suka kepada Totalitarian regime. Ketuanan itu dan ini dan perhambaan itu dan ini. Penyokong system totalitarian yang suka autokrasi, mereka yang cenderung kepada kediktatoran, pemerintah kuku besi , komunis. Jadi UMNO yang sukakan konsentrasi atau pemusatan kuasa dalam tangannya sahaja, hampir sama dengan komunis. 
Kenapa mereka suka jadi kuku besi dan konsentrasi kuasa dalam tangan mereka? Bukan hanya boleh mengharam-jadahkan rakyat tapi kerana kuasa untuk kaut nikmat untuk diri , keluarga dan kroni. Ini yang UMNO telah jadi hari ini.
Itulah sebabnya, UMNO mahu meramaikan ahli dan anggota parti. Sebab ia mahu kekal terus berkuasa sebagai rejim totalitarian. Jika anggota parti ramai, walaupun anggota tidak tahu apa2 dan jahil, mereka akan terus menyokong UMNO. 
UMNO yang ada hari ini bukan lagi UMNO yang dibentuk oleh pemimpin negarawan sebelum UMNO asal diharamkan dalam tahun 1987.

Najib pemimpin yang mengharam-jadahkan rakyat kata dia mahu mengadap Agung. Kita kata- di persilakan. Laksanakan pengucapan tersebut. Jangan cakap kosong sahaja. Sementara itu, ramai orang Melayu sudah pun dilawati Agong $$$$! Najib dan Agong $$$$ berpisah tiada.
Cuba kita fikir. Mengapa UMNO mesti mempunyai ahli seramai 3 juta? UMNO zaman Tengku, Tun Razak dan Hussein Onn tidak obsess dengan meramaikan ahli. Zaman Mahathir sehingga sekarang UMNO mahu menjutakan ahlinya. Ertinya, UMNO sudah berubah dari parti yang yakin dan mempercayai rakyat, kepada parti yang mencurigai dan takut kepada rakyat. UMNO tidak berani mempertaruhkan masa depannya dalam tangan rakyat. 
Maka yang demikian, ia terpaksa bergantung kepada sokongan dan undi dari ahlinya sahaja. Dengan 3 juta ahli, UMNO tidak boleh menang lawan dengan rakyat. UMNO jadi apa sebenarnya? Jadi macam pertubuhan la cosa nostra iaitu pertubuhan gangster. 
Selain dari bergantung harap kepada ahlinya yang setia( dalam 2008, 1 juta ahlinya meninggalkan UMNO), UMNO bergantung masa  depannya di atas jubur Saiful Bahari. UMNO mempertaruhkan masa depannya ke atas cerita seks, pada mulut Umi Hafilda, pada Nala, pada Hasaan Aqidah Ali. 
Itulah sebabnya, mengapa UMNO obsess meramaikan ahli. Kerana ia sedar ia tidak dapat kepercayaan rakyat lagi. Yang percayakan UMNO ialah ahli2 nya- itu pun yang berkedudukan tinggi. Yang bawah, dijadi angka sahaja dan dibakulsampahkan. 
Cuba kita fikirkan. Seorang pemimpin negara menggelarkan sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama di sisi undang undang Malaysia dengan pemimpin- menggelarkan mereka sebagai haramjadah. Haramjadah dalam bahasa Melayu- anakharamjadah ertinya anak haram yang dilaknatkan- The accursed bastards.  Ini fahaman lazim yang difahami oleh awam. Saya harap takde sasterawan UMNO yang akan putar alam nanti yang mengatakan presiden parti menyebutnya dalam fahaman istilah Hindusttan- haramjadda. 
Pointnya- kalau demikian, bolehlah rakyat menyebut Najib sebagai bapak haramjadah. Si haramjadah ini kena jawab dakwaan yang dia minta RM 3 bilion untuk  Perimekar SB. Dan banyak lagi si haramjadah ini kena jawab nanti. 
Mari kita lihat apa yang sedang berlaku kepada parti yang dipimpin oleh pengharam-jadahkan rakyat. 
UMNO mendapati dirinya kian terasing dan isolated. Memang benar- ia ada 3 juta lebih ahli. Tapi orang Melayu lebih ramai dari 3 juta ahli UMNO. Dalam tahun 2008, dari 5.7 juta orang Melayu, calon UMNO hanya dapat 2 juta. Bererti 1 juta lebih ahlinya sendiri tidak menyokong UMNO kerana menyedari bahawa dasar yang dibawa UMNO meruntuhkan negara. UMNO hanya dapat 35% undi orang Melayu. Jumlah pengundi tahun 2008 ialah 10.9 juta. Pengundi Melayu ialah 52% dari jumlah pengundi.
Dalam PRU kali ini, 11.58 juta pengundi akan keluar. Pengundi Melayu sekitar 55% atau 6.37 juta sahaja. UMNO dijangka memperolehi sekitar 2.4 juta sahaja. Kali ini parti yang presidennya mengharamjaddahkan rakyat terpaksa meminta bantuan dari Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Vetnam, Mat Myanmar dan Mat Indon untuk mengundinya. Faktanya, ini adalah terang terang mengkhianat negara kita. Yang berhak mengundi ialah rakyat Malaysia. Haramjadah betul- bila pendatang2 asing ini, jadi rakyat Malaysia? 
Mengapa keadaan ini terjadi sedangkan UMNO melaungkan slogan berjuang untuk orang Melayu? 
Jawapannya kerana rakyat dan orang Melayu khususnya sedar bahawa sejak 1988, UMNO memperjuangkan kuasa totalitarian. Kuasa totalitarian ini membolehkan pemimpin UMNO dan kroni merompak dan mengikis kekayaan negara kita.  Tidak percaya?
Penghulu kroni UMNO- sahabat baik Dr Mahathir dan Muhyidin Yassin hari ini menguasai dan memiliki dengan konspirasi kerajaan yang mengharamjadahkan rakyat:- 1.     MMC 2.     DRB Hicom 3.     Proton 4.     Malakoff 5.     Johor Port 6.     Senai Airport 7.     Port of Tanjong Pelepas 8.     Bank Muamalat 9.     Padiberas Nasional 10.                        CSR Sugar 11.                        Gardenia 12.                        MPH Bookstores 13.                        Penang Port Dan sekarang dia sedang memburu : 1.     RTM 2.     KTMB 3.     Bank Islam
Melayu terkaya ini menjadi terkaya kerana kuat berkerja dan berusaha menjadi super kroni Muhyiddin and Mahathir.  Hampir semua harta dan kekayaan nya di berikan atas dulang emas kepada nya. Orang macam inilah yang akan menyokong UMNO. Ahli UMNO biasa? Hanya menyertai tepuk sorak dan menjerit hidup Melayu. Yang hidup adalah Melayu2 istimewa. Kerana dia Melayu maka kita orang Melayu mahu berdiam diri? Sikap macam ini hanya dianjurkan oleh kerajaan pengharam-jadah yang mahu mengekalkan kuasa totalitarian nya. Kerana orang Melayu mulai sedar, kita beri kuasa kepada puak pengharamjadah UMNO, mereka bertindak kuku besi.  Kuasa inilah yang membolehkan Muhyidin, Syed Mokhtar dan Pembina jambatan bengkok yang tak jadi, menindas syarikat Stamford Holdings di Johor. Inilah yang terjadi apabila kuasa mereka kita tidak sekat dan hadkan. MB UMNO dan kunco nya memaksa syarikat menjual tanah pada harga yang murah dan menguasai 30% dari Stamford Holdings untuk membangunkan suatu kawasan di Johor. Kalau tidak beri share and jual, maka kelulusan untuk membangunkan kawasan di tolak. Dalam tahun 1988, ketika itu TPM  sekarang adalah MB Johor, 2 orang rakan niaga nya Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib berjumpa dengan pemilik Stamford Holdings. Mereka telah berjumpa di Singapura ( kota raya pilihan untuk crook berjumpa) dan memberi jaminan jika SH berkerjasama dengan mereka, permohonan mereka di tanggung beres. Kerjasama yang di maksudkan ialah dengan 3 Abdul yang terdiri dari Muhyidin, Syed Mokhtar dan Yahya Taib di beri hakl untuk menguasai 30% Stamford holdings. Stamford akan kekalkan 70% saham syarikat dan 3 Abdul yang menyokong parti yang mengharmhadah rakyat membeli 30% saham dengan harga  RM1,800,000 (kira2 RM3,397.50 per ekar). Syarikat kerjasama Stamford dan 3 Abdul akan membangunkan 1,766 ekar daripada  8,310 ekar Stamford. Dan bila tanah tersebut di jual dalam tahun  1994, kumpulan orang nombor 2 parti pengharam-jadah memperolehi RM83.2 million (4622%), dari pelaburan asal RM 1.8 juta. Inilah kesan langsung dari parti yang mahu menghimpunkan kuasa dalam tangan mereka.  Dalam menzalimi rakyat, parti haramjadah ini mengamalkan konsep 1Malaysia- cina, india atau melayu akan di ganyang. UMNO kena faham bahawa dunia bukan berputar mengelilingi nya. Rakyat yang menentukan jatuh bangun UMNO bukan sebaliknya. Rakyat akan mengadili UMNO dan pengadilan rakyat adalah dalam bentuk mematikan hayat pemerintahan. Pimpinan rejim totalitarian pula akan di adili dan di hukum oleh institusi penghakiman dan keadilan yang bersih dan berintegriti. Yang kena balun dan lanyak semasa Bersih 3.0 adalah rakyat. Yang kena tendang dan diserang ketika membantah hutang PTPTN adalah rakyat. Pemerintahan yang totalitarian akan menggunakan alatan dan kelengkapan penindasan untuk menekan rakyat. Mereka yang di haramjadahkan ialah rakyat.  Dalam sejarah pertembungan politik, rakyat yang di haramjadah akan pasti menang. http://sakmongkol.blogspot.com/

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 15 Mei 2012 11:44
 
Peneroka Berhak Dapat Lebih RM 15K! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PAS Hulu Selangor   
Rabu, 09 Mei 2012 09:49

Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.


KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV(bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau. 
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.


MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 
AKU KEMBALI BERPUISI… PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PAS Hulu Selangor   
Jumaat, 04 Mei 2012 23:41


KENAPA TIBA-TIBA AMATAN MATAKU

MENGHERET BENCI PADA SUSUK2TUBUH

BERBAJU PUTIH BERSELUAR HITAM

KENAPA TIBA-TIBA PERASAANKU TERASA TERAMAT SEDIH

BERBAUR GERAM PADA MEREKA YANG BERUNIFORM BIRU GELAP

YA WALAUPUN BAPAKU SEORANG POLIS MARIN ….

HERO NEGARA DI LAUTAN SAMUDERA

PAMANKU PULA SARJAN GAGAH DALAM FRU

ABANGKU SEORANG PEGAWAI DI CAWANGAN KHAS…

ADIKKU PULA  INSPEKTOR  DI  KONTIJEN KUALA LUMPUR

SEPUPUKU ASP DI BUKIT AMAN SUAMINYA PEGAWAI POLIS

ENTAH APA PANGKATNYA LEBIH TINGGI  DARI ISTERINYA

BANGGA MEREKA  DINOBATKAN

SEBAGAI  PAYUNG-PAYUNG  KESELAMATAN NEGARA

ABANG MERTUAKU TRAFIK ….. ANAK-ANAK  SAUDARAKU BERPANGKAT SARJAN, KOPRAL DAN KONSTABEL….

KELUARGAKU SELURUHNYA KELUARGA PDRM….

DARAH DAGINGKU MEMBESAR HASIL  JERIH PERIH  AYAH SEORANG POLIS  SATRIA NEGARA BAGAIMANA BISA AKU MEMBAWA PERASAAN  INI…..

PABILA PULANG KE  DESA ADUH……

PERASAAN MARAH…

BERULIT BENCI..

PERASAAN SEDIH..

BERSULAM KASIH..

PERASAAN KESAL..

DIBALUTI  DENDAM …

IA MULA MENERJAH DARI PELBAGAI ARAH

ANGKARA SIAPA  MENCAMBAHKAN BENIH INI……

ANGKARA SIAPAKAH MELONJAK  AMBIEN INI ….

DAN  KENAPA MEMPERJUDIKAN GEJOLAK EMOSI MUDA MUDI……

CIS BEDEBAH KAMU YANG MENGELUARKAN  ARAHAN  DURJANA

TERHADAP PESERTA BERSIH TIDAK BERSENJATA

LIHAT SAJA….. KEPADA  MUDA MUDI REMAJA YANG SEGAR BUGAR

YANG MASIH MELIHAT DUNIA DENGAN HARAPAN DAN CITA-CITA

TAPI  KAMU… ARAHKAN MEREKA SUPAYA DIGANYANG…

DIBELASAH..

DITENDANG..

DIPERHINA SEDEMIKIAN RUPA

TIDAK ADAKAH SEKELUMIT KESAL YANG BERCAMBAH

NUN JAUH DI SUDUT  HATI DAN NURANI

SEDANG GAJI-GAJI  KAMU SEMUA…

SEBAHAGIANNYA  DARI POKET MEREKA

DI MANAKAH  KEWARASAN…..  DIMANAKAH  PERTIMBANGAN…..

BAGAIMANA KAMU BISA MEMBERSIHKAN NODA IN I …..

KAPAN TAHUN .…. BERAPA  KOSNYA ….. KERNA DOSA  INI

SUDAH TERLEKAT SEBATI DALAM CATATAN SEJARAH

DITONTONI CUCU WARISAN BANGSA DAN SELURUH DUNIA……

SANGAT BESAR  ANGKARANYA… DI BALIK LIPATAN AYAT SUCI TUHAN DALAM ALQURAN ….. KUTEMUKAN ARAHANNYA…..

BERSABAR!  WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN

BERSABARLAH!

CIS BEDEBAH KAMU YANG MENGELUARKAN  ARAHAN  DURJANA

YA ALLAH

KAU MENGERTI HATI-HATI INI YANG TELAH DIZALIMI ,

DIRI-DIRI KAMI YANG DIHINAI..

KAMI MENADAH TANGAN   PASRAH KEPADAMU…

BANTULAH KAMI MENUKAR KERAJAAN YANG TAGHUT INI

BANTULAH KAMI MENGGANTIKAN KEGELAPAN DENGAN CAHAYA

AGAR TIDAK LAGI ADA ARAHAN ZALIM DARI SI DURJANA……

CORETAN hasbiirabbii  

Posted by at 6:00 PM

 
Sangkut tak kali ni??? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PAS Hulu Selangor   
Khamis, 03 Mei 2012 15:13

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Mahkamah Paris boleh keluar waran tangkap jika tolak sepina

Aidila Razak
1:54PM Mei 3, 2012

Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

NONEMenurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan
membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu."

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.

 
dari Malaysiakini - sedap dibaca PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PAS Hulu Selangor   
Isnin, 30 April 2012 07:18
Catatan sejarah 28 April
  • Hishamuddin Rais

Tulisan ini disiarkan dalam tempoh lima hari sebelum 28 April nanti. Inilah tulisan akhir sebelum kita semua turun ke jalan raya untuk bersama merayakan ibus egala tunjuk perasaan di Dataran Merdeka. Justeru tulisan ini cuba merakam detik-detik dan saat gelombang kebangkitan rakyat mendobrak gerombolan United Malays National Oganisation.Tuntutan orang ramai untuk membawa Malaysia menjadi sebuah wilayah yang damai, bebas, demokratik dan adil tidak dapat dibendung. Abang, adik, ibu ayah dan anak-anak muda sedang berjuang untuk menjadikan Malaysia kita ini sebagai wilayah di mana anak semua bangsa boleh merayakan kehidupan tanpa tekanan dan kekangan.Untuk memahami apa makna semua ini saya ingin membawa para pembaca melihat kembali sejarah lampau, memahami perkara yang lalu untuk kita dijadikan panduan. Ilmu itu sebenarnya pengumpulan pengalaman. Kita belajar dan melihat jalan dan liku yang direntasi oleh orang terdahulu dari kita.Mari kita kembali melihat gerakan-gerakan politik yang lebih awal. Mari kita memahami ke mana arah mereka dan apa yang mereka laungkan. Justeru saya berani memanggil zaman kita ini zaman pengulangan kembali era Perlembagaan Rakyat 1947. Kita kembali ke era AMCAJA-PUTERA.Saya pernah menulis tentang zaman Perlembagaan Rakyat 1947. Saya menulis tentang sejarah perserikatan dan setiakawan anak semua bangsa dalam AMCAJA-PUTERA yang berjuang menuntut merdeka melawan British. Saya hanya menulis pemahaman saya dari apa yang saya baca. Saya belum lahir ketika gelora Perlembagaan Rakyat mengampuh Tanah Melayu. Ketika itu saya masih lagi di Laut Kalzum.Dari apa yang saya baca saya kagum melihat gerak laku orang-orang yang terdahulu dari kita. Mungkin masih ada lagi mereka ini di kalangan kita. Maka apa yang saya cuba tulis ini tanda penghormatan kita kepada mereka.Di sinilah , di bumi inilah pada tahun 1947 dahulu anak semua bangsa bertekad, bersetiakawan dan berjuang untuk melahirkan garis politik baru, pembudayaan baru yang mengarah kelahiran satu negara bangsa. Perlembagaan Rakyat 1947 adalah dokumen sejarah perjuangan negara bangsa.Setiakawan anak semua bangsa dalam AMCAJA-PUTERA telah disabotaj dan digagalkan oleh penjajah British. Penjajah melihat setiakawan antara Melayu, China dan India ini sebagai satu ancaman. Pemimpin dan pemuka hadapan gerakan nasionalis ditangkap, dipenjara, dihalau dari Tanah Melayu. Dan ada yang digantung mati.Penjajah British yang licik telah menggunakan perundangan untuk menumpaskan gerakan rakyat ini. Melalui pelbagai jenis hukum dan akta, penjajah British telah menekan gerakan menuntut kemerdekaan ini. Penjajah British dengan licik telah merancang untuk mengagakkan tuntutan Perlembagaan Rakyat dan tuntutan kemerdekaan.Akhirnya pada 20 Jun 1948 British melancarkan serangan ke atas kaum nasionalis, kaum agama, kaum sosialis dan kaum komunis dari anak semua bangsa. Dengan menggunakan Akta Darurat penjajah British telah menangkap ribuan anak semua bangsa dari pelbagai jalur politik. Mereka dipenjarakan kerana kesalahan melawan British.Pemimpin politik ditangkap. Pemimpin agama di tangkap. Pemimpin kesatuan sekerja ditangkap. Pemimpin pelajar di tangkap. Sesiapa sahaja yang menentang British akan ditangkap. Maka pada 20 Jun 1948 bermulalah sejarah perjuangan bersenjata melawan penjajah British.Saya telah mengulangi kisah ini berkali-kali. Ini kerana musuh kita United Malays National Organisation adalah anak didik British. Gerombolan yang berslogankan "Hidup Melayu" ini diwujudkan oleh British untuk menjadi benteng menangkis gerakan nasionalis yang telah bangun melawan.Akhirnya, British terpaksa mengundur diri kerana serangan gerila dari Gerakan Rakyat Malaya Menentang Tentera British yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya. Kerajaan kolonial British hampir jatuh bankrap kerana berbelanja besar dalam ketenteraan untuk memerangi rakyat di Tanah Melayu.British telah memilih United Malays National Organisation untuk menggantikan mereka. Justeru - jelas dan tepat jika kita mentakrifkan gerombolan United Malays National Organisation ini adalah boneka buatan British.Apa sangkut pautnya boneka ini dengan "Duduk Bantah" BERSIH 3.0? Apa hubungannya dengan ibu segala demo di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 hari bulan ini?Biar saya terangkan sejelas mungkin bagaimana semua ini ikat mengikat. Bagaimana semua babak babak ini kait berkait, hubung berhubung. Ahli-ahli United Malays National Organsiation sedar akan sejarah peranan jahat mereka bersekongkol dengan penjajah British. Gerombolan Hidup Melayu ini juga sedar mereka dipandang hina oleh orang ramai. Di mata anak semua bangsa warga Tanah Melayu gerombolan ini dilihat lebih rendah nilainya lagi dari bangkai biawak yang hanyut dalam Sungai Klang. Inilah suasana budaya politik sebelum Merdeka.Kini budaya dan suasana politik itu telah berulang lagi. Gerombolan United Malays National Organisation kini dipandang begitu hina dan haprak. Anak semua bangsa melihat mereka seperti kondom terpakai yang tersadai dalam tong sampah di lorong belakang Bukit Bintang. Mereka dilihat jijik seperti 'pampers'.Selama 54 tahun mereka berkuasa akhirnya kebencian rakyat yang terpendam selama ini telah menggelora untuk meledak. Anak semua bangsa yang selama ini ditipu telah tidak mahu lagi ditipu. Manusia Melayu yang telah dibodohkan selama 54 tahun telah tidak mahu lagi menjadi bodoh. Anak muda, pelajar dan mahasiswa yang selama ini dikongkong telah mula bangun melawan.Budaya melawan telah mengampuh seluruh negara. Budaya menentang kezaliman menjadi cool dan trendy. Budaya memperlekeh United Malays National Organisation telah menjadi fesyen untuk yang tua dan muda. Yang tinggal bersama United Malays National Organisation hanya yang 'poyo' dan kaki bodek.Apakah yang saya tulis ini hanya angan-angan saya? Atau ia mimpi harapan saya? Tidak saya tidak bermimpi. Bukti sahih kenyataan saya ini ialah hasil pilihan raya tahun 2008 di mana United Malays National Organisation telah dinyahkan oleh rakyat. Kebosanan dan kejelikan rakyat telah diterjemahkan ke dalam peti undi.Sebenarnya, ahli-ahli dan pemimpin gerombolan United Malays National Organisation ini sedar bahawa dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini orang ramai akan membakulsampahkan mereka. Mereka sedar pertubuhan mereka dibenci rakyat. Justeru kini mereka merancang. Mereka sedang merancang untuk menipu dalam PRU13.Perancangan jahat lagi licik ini sama seperti perancangan strategi British untuk terus berkuasa agar dapat memunggah harta kekayaan Tanah Melayu - balak, bijih dan getah. Bagitu juga tindak tanduk gerombolan ketika ini. Mereka ingin terus berkuasa. Dengan kuasa mereka akan merembat dan memunggah harta kekayaan negara untuk anak, bini dan kroni.Penjajah British telah menggunakan pelbagai akta dan rang undang-undang. Gerombolan United Malays National Organisation juga sedang menggunakan pelbagai akta dan undang-undang untuk terus menipu. Undang-undang dan akta ang diluluskan oleh Parlimen ini digunakan untuk menindas rakyat. Pelbagai macam akta akta dan undang-undang diwujud dan digubal khusus untuk meneruskan kuasa, khusus untuk menipu di PRU13.Minggu lalu seperti 40 orang 'penyamun tarbus', para YB United Malays National Organisation dengan senyap-senyap telah masuk ke Parlimen dan meluluskan lapan undang-undang tipu.Betulkah undang-undang yang diluluskan pada Khamis/Jumaat jam 2 atau 3 pagi itu undang-undang tipu? Atau saya membuat fitnah?Untuk saya sahih ini akta tipu. Saya ingin bertanya - kalau ini bukan undang - undang tipu kenapa tidak dibincangkan secara terbuka. Kenapa tidak ada usaha untuk mencari atau mendengar pandangan orang ramai.Kenapa Parlimen tidak diberi masa yang lama untuk mengkaji rang undang undang ini. Kenapa dilulus secara tergesa-gesa. Ini undang-undang bukan mee segera. Paling memeranjatkan undang-undang tipu ini diluluskan d iawal subuh pada jam 2 atau 3 pagi.Sahih undang-undang ini bertujuan untuk menipu dalam pilihan raya. Akta kesalahan piliha raya telah dilupuskan. Barong untuk wakil parti politik telah dilupuskan. Hak parti politik untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi telah dilupuskan. Pemerhati dari parti politik tidak lagi dibenarkan dalam bilik mengundi.Biar saya kupas akta yang melupuskan hak wakil parti untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi. Amat jelas akta ini digubal untuk memastikan berpuluh ribu Mat Pilipina, Mat Bangla dan Mat Indon yang telah diberikan kad pengenalan dapat menyeludup untuk mengundi. Pengundi hantu ini bolos tanpa dipantau.Kalau dalam pilihan raya yang lepas-lepas wakil parti boleh berada dalam barong/khemah untuk memeriksa kad pengenalan bakal pengundi. Di pondok panas bakal pengundi boleh melihat nama mereka dan saluran mereka. Tanpa barong/khemah semua ‘hantu' akan datang mengundi. Tanpa barong/khemah wakil parti bakal tidak wujud untuk membantu bakal pengundi.Pasti ramai nama-nama pengundi Pakatan Rakyat telah sengaja dialih dan diubah tempat. Ini dilakukan untuk memastikan mereka gagal mengundi. Tanpa barong/khemah maka bantuan dari pekerja parti untuk mencarikan tempat mengundi adalah mustahil. Ramai pengundi Pakatan akan tidak mengundi kerana nama telah dihilangkan.Amat jelas akta ini direka dan diluluskan di Parlimen dengan tujuan untuk mengalahkan Pakatan. Seperti tulisan saya yang lalu Pakatan rakyat akan dikalahkan bukan kerana tidak ada sokongan tetapi kalah kerana ditipu. Penipuan ini memang dirancang dengan licik dan teratur.Penjajah British telah menggagalkan cita-cita Perlembagaan Rakyat 1947 untuk mendirikan Tanah Melayu yang merdeka. Kali ini boneka peninggalan British yang bernama United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menggagalkan projek mendirikan Malaysia sebagai wilayah yang adil, demokratik dan bertamadun. Mereka ingin menggagalkan setiakawan anak semua bangsa yang wujud dalam Pakatan Rakyat - sama seperti di zaman Perlembagaan Rakyast 1947 dahulu. Gerombolan ini mahu kembali membawa politik adu domba Cina-Melayu.PRU13 ini adalah tali gantung untuk United Malays National Organisation. Perhatikan kebelakangan ini betapa para kroni sedang merembat harta negara yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Projek lebuh raya, projek MRT, projek wifi dan projek ini dan itu yang nilainya berbilion ringgit sedang digasak oleh para kroni.Awas! Kita jangan duduk melopong tertonggeng buntut untuk terus ditipu. Masanya telah tiba untuk kita bangun dan menggagalkan niat busuk dan rancangan jahat United Malays National Organisation.Justeru 500,000 anak semua bangsa yang berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 hari bulan ini adalah amaran kita. Ini adalah amaran dari orang ramai. Ini adalah tanda bahawa rakyat Malaysia tidak mahu ditipu lagi.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

AKTIVITI TERKINI

No events

UNDIAN

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam58
mod_vvisit_counterMinggu Ini332
mod_vvisit_counterMinggu Lepas500
mod_vvisit_counterBulan Ini1145
mod_vvisit_counterBulan Lepas2662

We have: 2 guests, 2 bots online
Today: Mei 17, 2012